4 Hari 3 Malam Bangkok-Pattaya

BANGKOK-PATTAYA
4H/3M

Program : Harga Pakej & Jadual Penerbangan 

Latest Update : 10 Ogos 2009


Harga Pakej:
 

RM1,525.00 Seorang
RM1,495.00 Dewasa (Bilik Berdua)
RM1,415.00 Warga Emas
RM1,330.00 Kanak-kanak (Berkatil)
RM1,225.00 Kanak-kanak (Tanpa Katil) 

**Harga tertakluk kepada perubahan semasa


Harga Termasuk:

  • Tiket penerbangan Air Asia pergi dan balik dari K.Lumpur ke Bangkok
  • Penginapan di hotel 3* atau setaraf dengannya
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makanan halal seperti dalam aturcara
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati seperti dalam aturcara
  • Pemandu pelancong
  • Tips untuk pemandu  pelancong

Harga TIDAK Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi
  • Porter
  • Insurans Peribadi RHB INSURANCE sebanyak RM27.00 seorang
  • Kos barangan melebihi had bagasi AirAsia (15kg)

Jadual & Tarikh penerbangan:

21 Nov, 11 Dec

FD 3572          KUL / BKK                1040 / 1145
AK  881          BKK / KUL                0925 / 1230


PENDAFTARAN:

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500.00 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 30 hari sebelum berlepas.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke pejabat atau dimasukkan ke akaun :

 

Kaedah Pembayaran:

ACC NO : 02011010075500
BANK ISLAM


Bayaran dengan cek boleh dibuat atas nama penerima:
DASREE TRAVEL & TOURS SDN BHD

 

DAFTAR SEKARANG

JADUAL PERJALANAN

Hari 01 KUALA LUMPUR – BANGKOK (MM)

Berkumpul di LCCT Kuala Lumpur 2 jam lebih awal sebelum masa berlepas, dan setibanya di lapangan terbang Bangkok peserta akan disambut oleh wakil kami di sana. Seterusnya peserta akan dibawa ke salah sebuah masjid yang terkenal di Bangkok dan selepas itu terus dibawa check-in hotel. Aktiviti bebas sepanjang hari. Pada sebelah petang pula, peserta akan dijemput dari hotel untuk dibawa makan malam di restoran Muslim tempatan. Selepas makan malam peserta diberi peluang melawat Suan Lum Night Market untuk melihat sendiri cara masyarakat tempatan menjalankan perniagaan mereka di sana. Bermalam di Bangkok.

Hari 02 BANGKOK – PATTAYA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, check out hotel. Lawatan pertama dimulakan dengan melawat salah satu sungai yang terkenal untuk sejarah Thailand dan menjadi sebutan ramai iaitu Sungai Chao Phraya yang panjangnya kira-kira 370 km. Pada masa kini Sungai Chao Phraya merupakan salah satu jalan air yang sangat penting di pusat Bandar Thailand. Kemudian, peserta dibawa makan tengahari di restoran Muslim tempatan. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Pattaya dan dalam perjalanan peserta akan dibawa melawat Sriracha Tiger Zoo. Di sini peserta berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan seperti buaya, unta yang mempunyai hanya satu bonggol, burung unta, kanggaru dan juga pelbagai jenis burung dari pelbagai spesis.   Selain itu juga, di sana peserta dapat melihat persembahan menarik dan unik penjaga zoo bersama haiwan-haiwan seperti kala jengking, harimau dan buaya. Check-in hotel. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Selepas makan malam peserta dibawa pula ke Walking Street Pattaya yang merupakan kawasan paling meriah pada waktu malam di Pattaya dan disini terdapat pelbagai kedai jualan seperti kasut, baju, perhiasan dan pelbagai lagi. Di sini juga merupakan salah satu pusat yang terkenal dengan kelab-kelab hiburan dimana kebanyakkan muda-mudi dan masyarakat tempatan menghabiskan masa pada waktu malam (Optional : Alcazar Show). Bermalam di Pattaya.
 

Hari 03 PATTAYA – BANGKOK (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, check out hotel dan lawatan pertama dimulakan dengan menaiki bot ke Koh Laan atau lebih dikenali dengan “Coral Island”. Separuh hari di sana boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pantai seperti water ski, parasailing, jet ski dan juga banana boat (optional). Selepas itu, bertolak ke Nong Nooch Village untuk melihat pelbagai persembahan kebudayaan Thailand dan makan tengahari juga di Restoran Nong Nooch. Pada sebelah petang pula peserta dibawa melawat The Dark Ride Theme Park iaitu pusat pameran batu-batu permata. Selepas itu, terus bertolak ke Bangkok. Setibanya di Bangkok, peserta diberi peluang untuk membeli-belah pula sehingga petang. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Bermalam di Bangkok.

 

Hari 04 BANGKOK – K.LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan check out hotel. Aktiviti bebas sehingga tibanya waktu peserta akan di bawa ke Lapangan Terbang untuk berlepas ke Malaysia.

VISIT BANGKOK, THAILAND

 

Hasil Carian Berkaitan:

pakej percutian ke bangkok 2014 | pakej ke bangkok | percutian ke bangkok | percutian ke bangkok 2014 | pakej melancong ke bangkok | pakej lawatan ke bangkok | percutian di bangkok | melancong ke bangkok 2014 | melancong ke bangkok | pakej percutian ke bangkok | pakej ke bangkok 2014 | pakej to bangkoj | pakej percutian ke pattaya | pakej trip ke bangkok | pemandu pelancong di bangkok |